Sekapur Sirih,
Seulas Pinang
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. Dengan izin, limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, pada hari yang penuh berkat ini kita dapat bersama-sama berdiri megah meraikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMIIPSU & EHSAN 2026.
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Mujadalah, ayat 11:
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat.”
Oleh itu, syabas dan tahniah yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh anak-anak yang terus melakar kejayaan SMIIPSU & EHSAN! Sama ada anda telah merangkul kejayaan atau masih berjuang mendaki puncak kecemerlangan, teruskanlah melangkah dengan penuh keyakinan.
Jadikan setiap usaha, penat lelah dan kesungguhan anda sebagai ibadah yang kelak membuahkan hasil manis di dunia dan akhirat. Ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Najm, ayat 39:
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang insan itu (balasan) kecuali (apa) yang telah diusahakannya.”
Teruskan istiqamah, gantungkan cita-cita anda setinggi-tingginya dan jadilah insan berwawasan besar yang memberi manfaat luas kepada agama, bangsa dan tanah air!
Tidak dilupakan juga, barisan ibu bapa dan penjaga yang sentiasa menjadi tulang belakang yang kukuh. Pengorbanan, sokongan moral dan sumbangan tuan-puan, sama ada secara langsung atau di sebalik tabir, adalah nadi penggerak yang menghidupkan setiap aspirasi sekolah ini. Terima kasih yang tidak terhingga atas keprihatinan dan budi baik tuan-puan dalam membina masa depan generasi cemerlang kita bersama.
Akhir sekali, penghargaan setinggi-tingginya ditujukan kepada seluruh barisan guru dan warga kerja SMIIPSU & EHSAN. Segala komitmen, keringat, kesabaran dan keikhlasan yang dicurahkan siang dan malam demi mendidik anak-anak ini adalah pelaburan akhirat yang tiada tandingannya. Semoga setiap ilmu yang disalurkan menjadi amal jariah yang pahalanya mengalir tanpa henti. Hanya Allah S.W.T. yang layak membalas jasa bakti mulia anda sekalian.
Sekian, wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum w.b.t.
Atur Cara
Pendaftaran
- Ketibaan wakil ibu bapa/penjaga dan murid untuk pendaftaran
- Ibu bapa/penjaga mengambil tempat di dalam dewan
Majlis Bermula
- Ketibaan pentadbir dan perasmi dengan iringan selawat
- Alunan Asmaul Husna dan lagu Negaraku
- Ucapan alu-aluan pengacara majlis
- Bacaan doa
- Ucapan Wakil Ibu Bapa
- Ucapan Pengetua SMIIPSU
- Ucapan Guru Besar EHSAN
- Ucapan Pengerusi SMIIPSU & EHSAN
- Ucapan dan Perasmian
- Gimik perasmian
- Video Montaj 1 Dekad SMIIPSU & Kelab Pembangunan Pendidikan EHSAN
- Penyampaian cenderahati perasmi & wakil ibu bapa
Penyampaian Anugerah Pelajar Sesi 1 – VIP
- Anugerah Graduasi Pelajar Prasekolah
- Anugerah Graduasi Pelajar Tahun 6 & PSRA
- Anugerah Graduasi Murid Tingkatan 5
- Anugerah Kedudukan dalam Kelas Prasekolah
- Anugerah Kedudukan dalam Kelas Tahun 6
- Anugerah Kedudukan dalam Kelas Tingkatan 5
- Video Aktiviti SMIIPSU & EHSAN
- Sesi Apresiasi Ibu Bapa
Penyampaian Anugerah Pelajar Sesi 2 – Pengerusi SMIIPSU & EHSAN
- Anugerah Kedudukan dalam Kelas EHSAN
- Anugerah Mata Pelajaran Terbaik EHSAN
- Anugerah Kedudukan dalam Kelas SMIIPSU
- Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SMIIPSU
Persembahan Pelajar
- Persembahan Pelajar EHSAN
- Persembahan Prasekolah EHSAN
Penyampaian Anugerah Pelajar Sesi 3 – Guru Besar
- Anugerah Terbaik Prasekolah
- Anugerah Sahsiah Murid (QR) EHSAN
- Anugerah Sahsiah Murid (QR) SMIIPSU
- Anugerah Kehadiran Terbaik (SMIIPSU)
- Anugerah Huffaz Milenia SMIIPSU
Anugerah Khas EHSAN – Guru Besar
- Anugerah Kelas Terbaik
- Anugerah Tokoh Kokurikulum
- Anugerah Tokoh Pelajar Mithali
- Anugerah Tokoh Hijrah
Anugerah Khas SMIIPSU – Pengetua
- Anugerah Kelas Terbaik
- Anugerah Tokoh Kokurikulum
- Anugerah Tokoh Pelajar Mithali
- Anugerah The Walking Quran
- Cabutan Rezeki (12 cabutan) & Lagu SMIIPSU
- Persembahan SMIIPSU
Sesi Bergambar
Majlis Bersurai
Objektif
- Meraikan murid-murid Tahun 6 dan Tingkatan 5 yang akan meninggalkan alam persekolahan.
- Meraikan murid-murid EHSAN & SMIIPSU atas kejayaan mereka dalam mengharungi cabaran persekolahan pada sesi 2026.
- Memberi galakan kepada ibu bapa agar terus memberi sokongan kepada anak-anak untuk mencapai kejayaan.
- Menggalakkan penglibatan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar.
- Mengeratkan hubungan dan memupuk kerjasama dalam kalangan warga sekolah.
Senarai
Jawatankuasa
Buku Program / Slaid
Puan Nasuha binti Ramli
Puan Nur Izzah
Puan Zanariah binti Awang
Cik Nur Adilah binti Abu Bakar
Hiasan Dewan
Encik Airyl Idham bin Rahmat
Puan Nur Izzah
Encik Ammar Rafique bin Azaruddin
Encik Zarul Musthaqim bin Mohd Zain
Cik Nur Alya Batrisya binti Mohd Norhafifi
Encik Nuqman Imran bin Mat Nasir
Puan Hamizah binti Razali
Jemputan
Puan Siti Khaulah binti Sokhibul Fadil
Encik Muhammad Iqbal Hakim bin Saiful Affandee
Pengurusan Hadiah
Cik Nurul Nadhirah binti Nurulazwani
Cik Nur Hidayah binti Mohd Haris
Puan Nurul Hamizah binti Razali
Puan Wan Ummu Kalthum bt Wan Mohd Azam
Pendaftaran
Encik Nuqman Imran bin Mat Nasir
Cik Qurratul Izzah binti Mohamad Daud
Persembahan Pelajar
Cik Nurul Nadhirah binti Nurulazwani
Cik Nur Hidayah binti Mohd Haris
Cik Nur Alya Batrisya binti Mohd Norhafifi
Encik Zarul Musthaqim bin Mohd Zain
Multimedia / Teknikal
Encik Muhamad Rafiq Shauqi bin Mohd Rizal
Encik Airyl Idham bin Rahmat
Encik Zarul Musthaqim bin Mohd Zain
Cik Nur Adilah binti Abu Bakar
Floor Manager
Cik Nurul Nadhirah binti Nurulazwani
Cik Nur Dalilahusna binti Md Sofri
Puan Zanariah binti Awang
Cik Nursyafizah binti Mohd Rohiman
Puan Wan Ummu Kalthum bt Wan Mohd Azam
Pengerusi Majlis (Juruacara)
Puan Wan Nur Syuhada Adila
Encik Ammar Rafique bin Azaruddin
Protokol Majlis
Cik Nur Dalilahusna binti Md Sofri
Cik Nurul Nadhirah binti Nurulazwani
Puan Zanariah binti Awang
Pengurus Peserta & Penyelaras Penerima Sijil
Cik Qurratul Izzah binti Mohamad Daud
Cik Nur Hidayah binti Mohd Haris
Puan Ros Haneyati binti Mohd Hanepah
Bacaan Doa
Encik Muhamad Rafiq Shauqi bin Mohd Rizal
Penerima AnugerahEHSAN · SMIIPSU
Semak Nama Anak
Taip sekurang-kurangnya 3 huruf nama anak untuk melihat anugerah yang diterima.
Tekan kategori untuk buka senarai. Tekan nama atau kad untuk paparan penuh.
Anugerah Mengikut Tahap
Anugerah Sahsiah & Anugerah Khas
Anugerah Sahsiah Murid (QR)
Anugerah Khas4 anugerah
Penerima anugerah khas akan diumumkan pada hari majlis. Nantikan kejutannya!
Anugerah Mengikut Tingkatan
Anugerah Sahsiah, Huffaz & Anugerah Khas
Anugerah Sahsiah Murid (QR)
Anugerah Huffaz Milenia
Anugerah Kehadiran Terbaik
Anugerah Khas5 anugerah
Penerima anugerah khas akan diumumkan pada hari majlis. Nantikan kejutannya!
Buku Program Digital
Muat turun buku program Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SMIIPSU | EHSAN 2026 dalam format PDF untuk disimpan atau dikongsi.

